Friday, March 25, 2011

Monday, August 30, 2010

Malaikat Cinta

Disember 2007 Bertempat 'Lake garden'


"Maaf aku tak dapat terima kau." tegas Syafiq.
"Ta..tapi macam mana dengan anak ni bang?" tanya Ayu sambil memegang perutnya yang membawa nyawa seorang anak yang dizalimi.
"Apa aku peduli?! Itu bukan anak aku! Entah dengan jantan mana kau gasak pastu kau nak aku jadi pak sanggup! No Way!" tuduh Syafiq kepada Ayu.
"Sampai hati abang! Ini anak abang! hasil benih abang! Abang yang pa..." belum pun sempat Ayu menghabiskan ayatnya satu tamparan yang cukup kuat tepat mengenai pipi mulus milik Ayu.
"Diam! Aku kata diam!" Syafiq marah.
"Aduh, sampai hati abang." kesal Ayu.
"Diam! Mulai hari ini kita tiada apa-apa lagi hubungan paham!"
"Ambik duit nih! Dan jangan cari aku lagi!" Syafiq melemparkan not rm100 lebih kurang 17 keping dan memberi amaran keras kepada Ayu supaya jangan mencari beliau lagi lalu melangkah pergi meninggalkan Ayu keseorang meratap pilu akan nasibnya.
"Reza..." tidak semena-mena nama itu terpancul dari mulutnya.
"Maafkan Ayu Reza." Ayu meratap pilu...




Januari 2006 Bertempat Kantin 'Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana'


"Assalamualaikum, budak baru ke?" sapa Reza ramah. Dia memang terkenal ramah dan baik hati. Bakatnya dalam menulis ungkapan-ungkapan indah amat disenangi teman-teman yang ada masalah dengan kekasih mereka. Sehingga dia digelar 'Malaikat Cinta' dikalangan teman-teman. Dia? Dia juga yang kesorangan kerna rupanya yang tidak menarik. Apabila ditanya tentang itu pasti dia akan menjawab ' Aku redha dalam pasti, jika tiada mentari mana bisa rembulan sinari malam sepi, jika ditakdirnya begini, aku rela dan terima syukuri yang diberi'. Itulah Reza.
"Waalaikumussalam, ye saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan." Gurau budak baru itu.
"Ooo.. Nama saya Muhammad Reza Bin Abdul Wahab, you can call me Reza." Kata Reza memperkenalkan diri dengan lagak seorang 'romeo'.
"Saya Nurul Shurhana Binti Ahmad Tirmizi and you can call me anything" senyum budak baru yang bernama Shurhana itu.
"Cantik nama itu secantik pemiliknya." Puji Reza jujur. "Jadi Reza nak panggil saya apa?" Tanya Shurhana yang nyatanya berasa seronok berbual dengan Reza yang berada dihadapannya. "Ayu. Saya panggil awak Ayu." ucap Reza yang terpesona dengan senyum gadis riang yang berada dihadapannya.
"Ayu..." Shurhana senyum malu.




Januari 2009 bertempat di 'Kompleks Rakan Muda Taiping'


"Assalamualaikum, Sham apa khabar?" sapa reza. "Waalaikumussalam, aku sihat. Maaf la aku tak berapa cam la. ang sapa?" Hisham jujur tidak dapat mengenali lelaki asing dihadapanya. "Aku Reza. Ingat?"
"Reza!! Ya Allah!! Lamanya tak jumpa hang. Hang buat apa sekarang?" Mereka berpelukan dan terdengar suara girang Hisham memanggil kawan-kawan mereka yang lain " Woi Hafiz, Azairi, Fahmy, Woi korang suma tgk sapa yang datang!" Mereka yang sedang melepak di tepian court badminton setelah keletihan bermain badminton datang kearah Hisham dan Reza. "Sapa?" tegur Faiz. "Ni Reza." Hisham riang memperkenalkan Reza kepada kawan-kawan Reza sendiri. Bukan mereka tidak ingat tapi perubahan pada Reza sangat ketara dan tidak mungkin dapat dikenali kerna reza yang dulu gemuk tapi sekarang kurus. Sangat kurus. "Reza!!!" Hafiz menerpa memeluk rakan nya diikuti rakan-rakan yang lain. "Apa macam bro sihat?" tanya Fikree "Alhamdullilah." jawab Reza ringkas. "Reza sudah kembali, jom aku belanja korang minum." Aznie mempromote diri untuk belanja rakan minum. "Aku paling setuju sekali hahahaha" Adam haris pula bersuara diikuti gelak tawa mereka. Mereka pun terus melangkah kekenderaan masing dan dalam masa beberapa minit mereka sudah sampai di restoran K.E Corner. Semua mereka telah pun memesan minuman masing-masing dan Reza seperti biasa 'Kopi Radix' menjadi pilihan. Dan mereka berborak dan bercerita kisah zaman sekolah dan mereka bergelak ketawa bersama. "Reza malam ni tido rumah aku k." Pelawa Hisyam. Reza angguk akur dengan permintaan temannya.


Di rumah Hisyam


"Reza makan la ye apa yang ada." Pelawa ibu Hisyam yang sememangnya baik dan ramah. "Reza macam mana hang boleh jadi sampai macam ni sekali?" Hisyam bertanya setelah mereka selesai makan dan melangkah masuk kedalam bilik tidur Hisyam. "Jadi macam mana? Kurus? Aku diet kot hehehe." Gurau Reza cuba untuk menutup kesedihan yang di tanggung sekian lama. "Hang jangan tipu aku Reza, aku amat kenal dengan perangai hang." ternyata Reza tidak menipu Hisyam. Reza tunduk diam membisu. Hisyam sedar yang rakan nya ini telah kehilangan semangat untuk meneruskan kehidupan. Hisyam jugak pernah laluinya. Dia masih ingat lagi bagaimana perit hidup yang dilalui apabila mengetahui orang yang dicintai curang. Dia amat mengerti dan Reza lah yang banyak memberi semangat hingga mampu kembali dengan senyuman. Tapi itu semua tidak akan sama dengan apa yang dihadapi Reza. Mengetahui kecurangan Ayu sehari selepas kematian ibu yang tercinta dan ianya berlaku 2 hari sebelum menduduki SPM. Dan akhirnya Reza telah gagal dalam peperiksaan SPM nye akibat dari tekanan yang tidak dapat dibendung. Orang yang dirasakan dapat mengubat rindu pada ibu tersayang menjadi racun paling berbisa dan ianya amat perit sekali. "Reza cuba tengok gambar ni." Hisyam menghulurkan sebuah album gambar kepada Reza. "Album apa nih?" tanya Reza. "Ang tengok la dulu." Hisyam senyum. "Ni gambar kita pi lawatan bangga dan bertuah cikgu lee an?" Reza senyum gembira. "Tak sangka ang masih simpan." Ucap Reza yang leka membelek gambar-gambar kenangan itu. "Mesti la, kenangan 'Under 18' ang aku ngan hafiz." Hisyam senyum. "Hang ingat tak 2 bulan selepas tu." Hisyam bertanya. Reza tunduk. "Bila aku dapat tau Noraini curang aku pun jadi macam hang jugak." Hisyam memulakan cerita dan ia telah membuat mereka melayang dalam kenangan lalu.




Oktober 2003 di S.M.K.Bukit Jana ( 2 KMT 2)


"Syam ang kena sabar syam. Aku faham perasaan ang tapi apa kita boleh buat?" ucap Reza cuba menenangkan Hisyam. "Aku tak boleh terima Reza kenapa dia sanggup dua kan aku. Aku sayang dia Reza" mengalir air mata Hisyam dalam belenggu kesedihan yang teramat sangat. "Allah lebih tau Syam, ang perlu tabah." Reza sudah pun mati akal tidak tahu apa yang mampu dia lakukan lagi untuk membuat kawannya bersemangat. "Pergilah Reza, biarkan aku sendiri." Reza mengalah. Memeluk rakannya dan berlalu pergi.


Seminggu Kemudian


"Syam Reza bagi surat ini kat hang. Katanya baca dan simpan kerna mungkin satu hari nanti dia memerlukannya." Surat diberikan oleh hafiz dan dia berlalu pergi. Hisyam membuka dan membacanya.Hisyam menangis dan itulah tangisan yang terakhir dari Hisyam.




Januari 2009 di rumah Hisyam


"Reza ini surat yang hang bagi pada aku dulu." dihulurkan pada Reza dan Reza membacanya.


Arus deras kehidupan
dikejar dan ditinggalkan
terima yang ditakdirkan
tulus kesyukuran


Dalam jiwa perperangan
duka resah sendirian
kita dalam pengorbanan
pinta keampunaan.


Hayatilah keperitan
baru bisa mengertikan
kemanisan, kebesaran
rahsia kebenaran.


Yang tinggal kita mencari
hidupnya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan


Hidup ini memang payah
kadang gelap kadang cerah
hati ini jika resah
siksa jiwa takkan sudah


Hidup ini memang payah
kuterima kuberserah
hati ini bila pasrah
yang susah bisa mudah


Bersama yang susah
adanya mudah
bersama yang susah
mudah


Reza menangis lantas memeluk tubuh sahabatnya. "Terima kasih Syam." ucap Reza. Hisyam jugak tidak dapat menahan air mata maka mengalirlah ia dari perasaan gembira kerna melihat sinar harapan untuk Reza kembali.




April 2009 di Bukir Mertajam


"Nak balik ke Ayu?" sapa Haslina teman rapat Ayu. Sudah lebih dari 1 tahun persahabatan mereka terjalin. bertemu ketika Ayu memohon kerja di kedai buku Popular di Jusco Banda Perda. Ketika itu Ayu mengandung. Kata Ayu suaminya sudah meninggal kerana terlibat dalam satu kemalangan. Dia sangat kesiankan Ayu muda-muda lagi sudah menghadapi cubaan sedemikian rupa. "Yup, nak balik. Letih la" Ayu menjawab pertanyaan sahabatnya. "Lagi pun Ayu nak amik anak Ayu" tambahnya lagi. "Ye x ye. Reza sihat?" Haslina bertanyakan tentang anak Ayu. "Sihat, semakin tembam. Hehehe." Ayu seronok bila bercakap tentang anaknya. Tak sabar nak balik bermain dengan anaknya. "K la Alin, Ayu balik dulu ye." Haslina sekadar angguk dan senyum kepada Ayu. Mereka berpelukan dan Ayu berlalu meninggalkan Haslina.


Disebalik senyuman Ayu ternyata dia sekarang menaggung rindu pada seseorang yang bernama Reza sehingga diabadikan nama itu kepada anaknya sebagai nisan kewujudan manusia yang begitu setia cintanya kepada gadis bernama Ayu tapi sayang cinta Ayu hanya pura-pura ketika itu. "Reza maafkan Ayu." Itu sahaja yang dapat diucapkan dan mengharap angin membawa ucapan itu kepada Cinta nya. "Mak Ayah, maafkan along." Air mata mengalir lagi tanpa jemu. Kenangan kembali menghantui diri.




Disember 2007 rumah ibu bapak Ayu


"Kurang Ajar!!!" satu tamparan deras tepat ku pipi mulus milik Ayu. "Aduh ayah, maafkan along ayah. maafkan along.." Pohon Ayu tapi tidak di endahkan ayahnya lagi tamparan deras hinggap di muka Ayu jugak dari ayahnya. "Aku malu dengan apa yang hang buat nih!!! Pasai apa hang jadi macam nih?! Memalukan keluarga!! Kalau ikutkan hati aku bunuh hang!!" Marah ayah ayu tidak dikawal lagi. "Cukuplah abang, anak kita tu." rayu si ibu ternyata walaupun marah  dan malu tapi masih lagi merasa kesian melihat anaknya. Hati seorang ibu. "Diam!!! Along!! hang pi kemas baju hang sekarang dan keluar dari rumah nih!! Aku balik nanti aku tak mau tengok muka hang lagi!!!" Keputusan telah dibuat maka tiada lagi ruang untuk Ayu didalam keluarga.




May 2009 di Kubang Semang rumah Reza dan Hafiz


"Reza jom keluar pergi tengok wayang. Gaji pun dah dapat nih." Hafiz mengajak Reza yang sedari tadi termenung memikirkan sesuatu. "Dia ke? Macam mana dia boleh ada disini?" Reza berkata-kata sendirian. "Woi!!! hang ngelamun apa?!" Hafiz radang kerna Reza tidak endahkan dirinya. Reza senyum manis. "Sory aku mamai. Ang kata apa tadi?" Reza masih lagi berfikir akan kejadian pagi tadi.


Pagi tadi di pasar pagi di Kubang Semang


"Abang bagi bawang besar sekilo, bawang kecik setengah kilo, ikan bilis 2 ringgit, sawi seikat, cabai kecik satu piring." Reza memesan barang dapur pada peniaga berkenaan. " lagi?" tanya peniaga berkenaan. "Itu je kot." Reza senyum. Sememangnya Reza begitu murah dengan senyuman. "Orait dik siap." kata peniaga itu. "Brape ye?" tanya Reza. "Rm 22.50 dik". Reza menghulurkan not rm10 sebanyak 3 keping. "Baki abang bagi kat orang susah ye." Setelah mengucapkan terima kasih Reza pun berlalu pergi. "Nak bali apa ye makan pagi ni?" bertanya pada diri. "Makan roti canai sudah. beli 4. 2 untuk aku 2 untuk Hafiz. Cantik." katanya sendiri. "Abang bagi roti 4 keping." sekelip mata sahaja Reza sudah sampai di gerai Roti canai berkenaan dan memesan 4 keping untuk dijadikan hidangan sarapan dia dan Hafiz. "Ok dik. Jap ye." balas penebar roti berkenaan. Diwaktu inilah dia terpandang akan seseorang yang sangat dia kenali. "Ayu..." Dia cuba mengejar tapi gadis itu telah pun menghilang didalam lautan manusia yang membanjiri pasar pagi di kubang semang itu.
"Ayu ke? Macam mana dia boleh ada kat sini?" soalnya pada diri sendiri. "Dik, roti dah siap." Reza pun pergi mendapatkan roti canai nya bayar dan terus berlalu pulang dalam keadaan resah memikirkan tentang Ayu. Kerinduan menjelma lagi.


dirumah Reza dan Hafiz


"Woi Reza!!!" Hafiz radang lagi. Reza terpinga-pinga setelah sedar dari angannya tadi. "Hang ingat apa Reza?" Hafiz bertanya. Geram dia dengan Reza. Dari tadi apa yang dia cakap satu pun tak dijawab Reza. "Aku rasa tak sihat la." Reza memberi alasan dan buat-buat sejuk konon deman. Hafiz diam dan masuk bilik. "Merajuk pulak." Reza serba salah. Hafiz keluar dengan baju sejuk. Rupanya Hafiz tetap nak Reza keluar. Diserahnya baju sejuk berkenaan dan Reza tanpa banyak bicara kerna tidak mahu menyinggung perasaan teman nya itu mencapai baju berkenaan dan mereka siap untuk keluar.


di Jusco Banda Perda


"Tengok wayang nak?" tanya Hafiz. "Cerita apa?" Pertanyaan dibalas pertanyaan. "X-Men Origins: Wolverine." Ringkas jawapan yang diberikan Hafiz. "Cantik, ang belanja aku tiket wayang. Aku belanja popcorn set." cadagan Reza diterima dengan hati terbuka oleh Hafiz. Cerita akan bermula dalam setengah jam lagi. Setelah mendapatkan tiket Reza mengajak Hafiz pergi ke kedai buku 'Popular' untuk melihat kalau ada novel yang menarik untuk dia dapatkan. Sedang Reza dan Hafiz mencari-cari novel yang menarik untuk dibeli mereka telah disapa oleh salah sorang pekerja Popular. "Ye abang, boleh saya bantu?" Reza dan Hafiz berkaleh kearah suara itu. "Ayu..." Masing terkejut. "Reza..." walau Reza telah berubah seluruhnya tapi nyata Ayu masih dapat mengecam akan kelunakan suara Reza yang dulunya setiap malam membelai dirinya sebelum dia tidur. "Reza..." Ayu menangis lantas memeluk cintanya yang sekian lama dicarinya. "Reza maafkan Ayu. Maafkan Ayu." dada Reza basah dihujani airmata Ayu. "Dengan lancar Reza menyatakan "Reza maafkan Ayu dan tolong jangan tinggalkan Reza lagi." Suara mengharap untuk kembali dari Reza dan ianya jugak suara pengharapan bagi Ayu untuk merasa kembali bahagia.


dirumah Reza dan Hafiz


"Otak hang kat mana Reza?! Tak kan hang tak ingat apa yang dia buat kat hang!" marah Hafiz pada Reza kerna dia tidak mahu Reza kecewa lagi. "Aku sayang dia Hafiz. Hang tak kan faham." jelas Reza. "Memang! memang aku tak paham! Dengar sini Reza pompuan tu curang dengan hang sehari selepas kematian mak hang dan 2 hari sebelum SPM! Dan hang hidup merempat untuk beberapa tahun bukan sekejap cukup lama hang menderita dan hari ini hanya dengan 1 ungkapan maaf hang menyatakan cinta padanya?! Gila!!" jelas Hafiz begitu marahkan Ayu. Siapa pun pasti akan marah andai mereka tahu kisahnya.




18 November 2006 di rumah Reza di Kamunting


"Sabar ye sayang. Ayu paham Reza sedih tapi jangan la sampai tak makan." pujuk Ayu agar Reza makan kerna dari semalam dia tidak makan kerna mengenangkan kematian ibunya yang tercinta. Satu-satunya ahli keluarga yang dia ada. "Makan ye." Reza angguk. "Jap Ayu pergi dapur sediakan makanan." Ayu berlalu pergi. "Handset Ayu." katanya didalam hati. "Dia tak pernah tinggal kat mana-mana sebab tak nak orang bukak handset nye. Aku pun dia tak bagi. Mungkin dia kalut sangat kot. Bagus jugak. Boleh aku proses." Reza pun tanpa membuang masa proses handset Ayu. "Ayu siapa ni?!!!" Ayu terkejut langsung kedepan dan lebih terkejut lagi apabila dia mendapati handsetnya berada ditangan Reza. "Siapa laki ni Ayu?!" menunjukkan gambar yang begitu daring antara Ayu dan laki itu. Ayu kelu tidak dapat berkata apa. Rahsia yang selama ini di jaga dengan baik akhirnya pecah. Pecah pada hari yang salah. Tidak bukan hari yang salah tapi Ayu yang salah. Sekali lagi kejutan berlaku apabila telefon berdering dan didada handset mengeluarkan perkataan 'Syafiqku Sayang'. Reza rebah. "Allah ambil saja nyawaku." Air mata mengalir dan dunia menjadi gelap. Rasa cinta memang tiada dalam diri Ayu pada Reza kerna siapa yang mahu dengan jejaka yang tidak kacak dan gemuk ini. Lalu Ayu melangkah pergi meninggalkan Reza. Pergi tanpa sedikitpun kekesalan. "Sapa suruh tengok handset aku! Gi mampus ar!"




May 2009 di rumah Reza dan Hafiz


"Waalaikumussalam Reza." terdengar suaru Hisham dari corong telefon rumah nya. "Sihat ke sham?" tanya Reza sekadar ingin tahu keadaan sahabatnyea itu. "Alhamdullilah, hang macam mana?" tanya Hisyam kembali. "Alhamdulilah." jawab ku ringkas. "Reza, aku dengar hang dah jumpa balik dengan Ayu. Betul ke Reza?" tanya Hisyam yang sememang sudah dijangka oleh Reza. "Ye." ringkas jawapan yang diberi. "Bagus la tapi ingat. Jangan kecewa lagi ye. Buatlah apa pun. Selagi yang baik aku akan sokong." ucap Hisyam walau dalam hati dia tidak bersetuju tapi biarlah. Mungkin ini akan buat Reza kembali gembira seperti dulu. "Terima kasih Syam." Reza tak dapat menahan rasa terharu. Kawan nya yang satu nih begitu baik terhadap nya.


rumah Ayu


"Aku janji yang aku akan tebus kesilapan lalu. Aku akan mengembirakan dia. Tapi adakah dia sanggup menerima aku dalam keadaan sebegini?" gumam Ayu sendiri. Ayu mendapatkan telefon dan dail no.fon Reza. "Assalamualaikum." Reza memberi salam dari corong telefonnya. "Waalaikumussalam reza,ayu nih." Ayu membalas memperkenalkan diri. "Ye Ayu." Reza senyum gembira. "Ayu nak ajak Reza makan malam." pelawa Reza dan tanpa banyak bicara Reza terus melangkah pergi. "Ok jap lagi Reza sampai k. 5 minit." Gembira sungguh Reza menerima jemputan itu. "Ok." Ayu takut. "Aku mesti selesaikan hari ini jugak." guman Ayu sendirian.Panggilan di matikan dan Ayu menyiapkan diri dan anak nya yang bernama Reza.


10 Minit kemudian


"Assalamualaikum. Sory Ayu lambat 5 minit." Reza sengih macam kerang busuk. "x pa Ayu x kisah lagipun Ayu pun baru je siapkan anak Ayu." tersentak dengan jawapan Ayu Reza lantas bertanya sekali lagi apa benar yang didengarnya. "Anak? Ayu ada anak?" Ayu angguk. " Mana?" Ayu masuk dan dapatkan anaknya. " Ni anak Ayu." dihulurkan pada Reza dan anak itu menyenangi Reza seolah-olah Reza ini ayahnya. "Mana ayahnya?" soalan yang paling ditakuti Ayu telahpun terpancul dari mulut Reza. "Dia lahirkan tanpa Ayu bersuami." air mata mula membasahi pipi. "Maksud Ayu?" Reza bertanya untuk mendapatkan kepastian. " Ayu terlanjur dengan syafiq dan inilah hasilnya hubungan terlarang itu." Air mata semakin deras mengalir ke pipi dan Reza pula masih lagi mampu menahan rawan dihati. "Mana dia sekarang?" tanya Reza lagi. "Ayu tak tahu, Dia tinggalkan Ayu setelah dapat tahu Ayu mengandung." jelas Ayu. "Maafkan Ayu Reza. Maafkan Ayu." tambah Ayu lagi. Terkenang Ayu akan ke khilafan dulu.


May 2007 di lake garden


"Sayang papa akan sambung belajar di UITM Jengka. Bulan depan papa akan berangkat." cerita Syafiq kepada Ayu. "Macam mana dengan mama? papa nak tinggalkan mama ke?" Ayu sedih. "Papa tak tinggalkan mama, papa cuma pergi untuk sementara waktu. untuk belajar" terang Syafiq "Tapi mama macam mana?" Ayu makin sedih bila Syafiq menyatakan yang dia akan meninggalkan Ayu walaupun hanya sekejap cuma. "Mama cintakan papa ke?" umpan Syafiq. "Mestilah." Ayu bertegas. "Kalau begitu mama sanggup buktikannya?" Umpan Syafiq lagi. Nafsu sudah mula menjalar. Kalau dulu mereka cuma  'ringan-ringan tapi kali ini ternyata Syafiq sudah melebihi had sesuatu perhubungan tanpa mempedulikan Allah dan Rasulnya.
"Buktikan bagaimana?" Ayu termakan umpan. Sungguh lemah imannya. Syafiq memulakan kerjanya dan....


May 2009 di hadapan rumah Ayu


 "Apa nama anak mu ini?" tanya Reza lagi dan Ayu menjawap "Reza." Reza senyum dan mengucup dahi anak itu dan berkata. "Reza, ini ayah mu jugak bernama Reza." tak kala terdengar ucapan itu Ayu memeluk Reza dan menangis sepuas hati. "Dah la sayang, jangan nangis lagi. Kita akan kawin tapi buat masa sekarang kita pergi makan dulu ok." ayu sekadar menganguk tapi pelukan masih lagi tidak dilepaskan. "Ayu." Ayu mendongak melihat Reza. "Aku Cinta Pada Mu." ungkapan kalimat agung itu diucapkan beserta kucupan ke dahi Ayu dan Ayu membalas. "Aku Juga Menyintai Mu dan Kaulah Malaikat Cinta ku."




Jun 2009 dirumah ibu bapa Ayu


"Pak cik, Saya ingin melamar anak pak cik Nurul Shurhana." Tergaman ayah Ayu. "Betul ke anak mahu memperisterikan Anak pak cik?" Ayahnya melihat anaknya. setelah sekian lama akhirnya mereka bertemu semula semuanya kerana anak muda dihadapannya ini. "Benar pak cik. saya ingin memperisterikan Shurhana." berlenanglah air mata ayahnya dan juga ibunya melihatkan kejujuran dan keiklasan anak muda ini.




11 July 2009 dirumah ibu bapa Ayu


"Aku terima nikahnya Nurul Shurhana Binti Ahmad Tirmizi dengan mas kawin seratus satu ringgit tunai." dengan sekali lafaz sahaja Ayu telah pun menjadi isteri Reza yang sah. Mengalir air mata Ayu tak kala Reza mengucup dahinya dalam upacara membatalkan wudhuk. Dan pada hari yang sama jugak berlangsungnya majlis bersanding. Kegembiraan terpancar diwajah mereka begitu juga dengan ibu bapa Ayu, kawan-kawan mereka, dan diantara kawan-kawan mereka pastinya Hisyam yang paling gembira kerana bukan sahaja melihatkan kawannya mendapat jodoh dia jugak merasakan jodohnya di situ. "Assalamualaikum." sapa Hisyam. "Walaikumussalam." balas gadis itu ringkas. "Saya Hisyam, yang bersanding itu kawan saya." Hisyam mencuba masuk jarum untuk kenalan. Dia ikut betul-betul seperti yang diajar oleh Malaikat Cinta. "Ohh. Saya Haslina. Alin Haslina. Awk boleh panggil saya..." belum sempat Haslina menghabiskan ayatnya Hisyam memotong. "Alin..." Mereka senyum malu.


Kegembiraan itu telah membakar hati seseorang. "Kalau aku tak dapat Ayu jangan harap hang akan dapat!" dari jauh lelaki itu mengacukan pistol jenis Barreta 92 buatan Itali dengan fungsi semi-automatik tepat ke kepala Reza. "Jumpa hang dineraka" belum sempat picu pistol ditekan satu hayunan helmet dari belakang tepat kekepala lelaki itu. Hafiz muncul disitu tepat pada masanya dan pergelutan berlaku dan bunyi tembakan kedengaran membuatkan seluruh manusia di majlis kenduri itu terdiam dan satu lagi bunyi das tembakan bergema dan berlari lintang pukang lah mereka. Reza melihat Hafiz rebah dan sebuah kenderaan cepat-cepat melarikan diri. " AFD 7317!! " mendengar no.plat itu Ayu bingkas bangun dan menyatakan itu no.plat syafiq. Reza dan Hisyam dan teman-teman yang lain bingkas mendapatkan Hafiz yang rebah di hujung jalan. "Call Polis dengan Ambulance cepat!" Reza tiba dan memangku Hafiz.tangan digenggam. "Hafiz mengucap Hafiz mengucap." ucap reza begitu sedih sehingga mengalir air mata ke pipi. "Amik kereta aku bawak mai cepat!" arah Hisyam. "Bertahan Hafiz. Kita akan ke hospital.bertahan." Hafiz sekadar senyum tapi mukanya pucat. Hafiz berkata. "Tak perlu. Masa dah semakin suntuk untuk aku. Aku cuma nak ucapkan terima kasih Reza dan teman-teman kerna menerima aku sebagai teman kalian. Reza maafkan aku." ucap Hafiz. "Cukup Hafiz cukup. hang akan selamat Hafiz." Hafiz sekadar senyum tapi serinya tiada. "Aku letih la. aku nak tidur sekejap." Hafiz melelapkan mati dan ianya adalah untuk selamanya. "HAFIZ!!!!!!" meraunglah sekalian teman-teman Hafiz.


July 2010 di tanah perkuburan tok keramat

Setelah membaca Yassin untuk sahabat mereka Reza dan Hisyam berpelukan. Sedih mengenangkan arwah. "Hafiz, Aku dah pun mempunyai anak bersama Ayu. Namanya Muhammad Hafiz." itu sahaja yang mampu diperkatakan. Sedih. Hisyam juga begitu "Aku pun Hafiz nak bubuh nama anak aku Hafiz tapi sayang dia baby gurl. Jadi aku namakan Hafizah." Reza mendongak melihat Hisyam. Dalam sedih masih mampu Hisyam buat lawak. Mereka senyum. "Jomlah kita pulang Reza." usul Hisyam. "Ok." Pendek sahaja balasan Reza. Ketika melangkah didalam hati Reza berkata "Hafiz kaulah Malaikat Cinta yang sebenar..." 
Mereka Hidup Bahagia Hasil Dari Pengorbanan HAFIZ- Malaikat Cinta


By
Redha Sang Sunan