Monday, August 30, 2010

Malaikat Cinta

Disember 2007 Bertempat 'Lake garden'


"Maaf aku tak dapat terima kau." tegas Syafiq.
"Ta..tapi macam mana dengan anak ni bang?" tanya Ayu sambil memegang perutnya yang membawa nyawa seorang anak yang dizalimi.
"Apa aku peduli?! Itu bukan anak aku! Entah dengan jantan mana kau gasak pastu kau nak aku jadi pak sanggup! No Way!" tuduh Syafiq kepada Ayu.
"Sampai hati abang! Ini anak abang! hasil benih abang! Abang yang pa..." belum pun sempat Ayu menghabiskan ayatnya satu tamparan yang cukup kuat tepat mengenai pipi mulus milik Ayu.
"Diam! Aku kata diam!" Syafiq marah.
"Aduh, sampai hati abang." kesal Ayu.
"Diam! Mulai hari ini kita tiada apa-apa lagi hubungan paham!"
"Ambik duit nih! Dan jangan cari aku lagi!" Syafiq melemparkan not rm100 lebih kurang 17 keping dan memberi amaran keras kepada Ayu supaya jangan mencari beliau lagi lalu melangkah pergi meninggalkan Ayu keseorang meratap pilu akan nasibnya.
"Reza..." tidak semena-mena nama itu terpancul dari mulutnya.
"Maafkan Ayu Reza." Ayu meratap pilu...




Januari 2006 Bertempat Kantin 'Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana'


"Assalamualaikum, budak baru ke?" sapa Reza ramah. Dia memang terkenal ramah dan baik hati. Bakatnya dalam menulis ungkapan-ungkapan indah amat disenangi teman-teman yang ada masalah dengan kekasih mereka. Sehingga dia digelar 'Malaikat Cinta' dikalangan teman-teman. Dia? Dia juga yang kesorangan kerna rupanya yang tidak menarik. Apabila ditanya tentang itu pasti dia akan menjawab ' Aku redha dalam pasti, jika tiada mentari mana bisa rembulan sinari malam sepi, jika ditakdirnya begini, aku rela dan terima syukuri yang diberi'. Itulah Reza.
"Waalaikumussalam, ye saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan." Gurau budak baru itu.
"Ooo.. Nama saya Muhammad Reza Bin Abdul Wahab, you can call me Reza." Kata Reza memperkenalkan diri dengan lagak seorang 'romeo'.
"Saya Nurul Shurhana Binti Ahmad Tirmizi and you can call me anything" senyum budak baru yang bernama Shurhana itu.
"Cantik nama itu secantik pemiliknya." Puji Reza jujur. "Jadi Reza nak panggil saya apa?" Tanya Shurhana yang nyatanya berasa seronok berbual dengan Reza yang berada dihadapannya. "Ayu. Saya panggil awak Ayu." ucap Reza yang terpesona dengan senyum gadis riang yang berada dihadapannya.
"Ayu..." Shurhana senyum malu.




Januari 2009 bertempat di 'Kompleks Rakan Muda Taiping'


"Assalamualaikum, Sham apa khabar?" sapa reza. "Waalaikumussalam, aku sihat. Maaf la aku tak berapa cam la. ang sapa?" Hisham jujur tidak dapat mengenali lelaki asing dihadapanya. "Aku Reza. Ingat?"
"Reza!! Ya Allah!! Lamanya tak jumpa hang. Hang buat apa sekarang?" Mereka berpelukan dan terdengar suara girang Hisham memanggil kawan-kawan mereka yang lain " Woi Hafiz, Azairi, Fahmy, Woi korang suma tgk sapa yang datang!" Mereka yang sedang melepak di tepian court badminton setelah keletihan bermain badminton datang kearah Hisham dan Reza. "Sapa?" tegur Faiz. "Ni Reza." Hisham riang memperkenalkan Reza kepada kawan-kawan Reza sendiri. Bukan mereka tidak ingat tapi perubahan pada Reza sangat ketara dan tidak mungkin dapat dikenali kerna reza yang dulu gemuk tapi sekarang kurus. Sangat kurus. "Reza!!!" Hafiz menerpa memeluk rakan nya diikuti rakan-rakan yang lain. "Apa macam bro sihat?" tanya Fikree "Alhamdullilah." jawab Reza ringkas. "Reza sudah kembali, jom aku belanja korang minum." Aznie mempromote diri untuk belanja rakan minum. "Aku paling setuju sekali hahahaha" Adam haris pula bersuara diikuti gelak tawa mereka. Mereka pun terus melangkah kekenderaan masing dan dalam masa beberapa minit mereka sudah sampai di restoran K.E Corner. Semua mereka telah pun memesan minuman masing-masing dan Reza seperti biasa 'Kopi Radix' menjadi pilihan. Dan mereka berborak dan bercerita kisah zaman sekolah dan mereka bergelak ketawa bersama. "Reza malam ni tido rumah aku k." Pelawa Hisyam. Reza angguk akur dengan permintaan temannya.


Di rumah Hisyam


"Reza makan la ye apa yang ada." Pelawa ibu Hisyam yang sememangnya baik dan ramah. "Reza macam mana hang boleh jadi sampai macam ni sekali?" Hisyam bertanya setelah mereka selesai makan dan melangkah masuk kedalam bilik tidur Hisyam. "Jadi macam mana? Kurus? Aku diet kot hehehe." Gurau Reza cuba untuk menutup kesedihan yang di tanggung sekian lama. "Hang jangan tipu aku Reza, aku amat kenal dengan perangai hang." ternyata Reza tidak menipu Hisyam. Reza tunduk diam membisu. Hisyam sedar yang rakan nya ini telah kehilangan semangat untuk meneruskan kehidupan. Hisyam jugak pernah laluinya. Dia masih ingat lagi bagaimana perit hidup yang dilalui apabila mengetahui orang yang dicintai curang. Dia amat mengerti dan Reza lah yang banyak memberi semangat hingga mampu kembali dengan senyuman. Tapi itu semua tidak akan sama dengan apa yang dihadapi Reza. Mengetahui kecurangan Ayu sehari selepas kematian ibu yang tercinta dan ianya berlaku 2 hari sebelum menduduki SPM. Dan akhirnya Reza telah gagal dalam peperiksaan SPM nye akibat dari tekanan yang tidak dapat dibendung. Orang yang dirasakan dapat mengubat rindu pada ibu tersayang menjadi racun paling berbisa dan ianya amat perit sekali. "Reza cuba tengok gambar ni." Hisyam menghulurkan sebuah album gambar kepada Reza. "Album apa nih?" tanya Reza. "Ang tengok la dulu." Hisyam senyum. "Ni gambar kita pi lawatan bangga dan bertuah cikgu lee an?" Reza senyum gembira. "Tak sangka ang masih simpan." Ucap Reza yang leka membelek gambar-gambar kenangan itu. "Mesti la, kenangan 'Under 18' ang aku ngan hafiz." Hisyam senyum. "Hang ingat tak 2 bulan selepas tu." Hisyam bertanya. Reza tunduk. "Bila aku dapat tau Noraini curang aku pun jadi macam hang jugak." Hisyam memulakan cerita dan ia telah membuat mereka melayang dalam kenangan lalu.




Oktober 2003 di S.M.K.Bukit Jana ( 2 KMT 2)


"Syam ang kena sabar syam. Aku faham perasaan ang tapi apa kita boleh buat?" ucap Reza cuba menenangkan Hisyam. "Aku tak boleh terima Reza kenapa dia sanggup dua kan aku. Aku sayang dia Reza" mengalir air mata Hisyam dalam belenggu kesedihan yang teramat sangat. "Allah lebih tau Syam, ang perlu tabah." Reza sudah pun mati akal tidak tahu apa yang mampu dia lakukan lagi untuk membuat kawannya bersemangat. "Pergilah Reza, biarkan aku sendiri." Reza mengalah. Memeluk rakannya dan berlalu pergi.


Seminggu Kemudian


"Syam Reza bagi surat ini kat hang. Katanya baca dan simpan kerna mungkin satu hari nanti dia memerlukannya." Surat diberikan oleh hafiz dan dia berlalu pergi. Hisyam membuka dan membacanya.Hisyam menangis dan itulah tangisan yang terakhir dari Hisyam.




Januari 2009 di rumah Hisyam


"Reza ini surat yang hang bagi pada aku dulu." dihulurkan pada Reza dan Reza membacanya.


Arus deras kehidupan
dikejar dan ditinggalkan
terima yang ditakdirkan
tulus kesyukuran


Dalam jiwa perperangan
duka resah sendirian
kita dalam pengorbanan
pinta keampunaan.


Hayatilah keperitan
baru bisa mengertikan
kemanisan, kebesaran
rahsia kebenaran.


Yang tinggal kita mencari
hidupnya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan


Hidup ini memang payah
kadang gelap kadang cerah
hati ini jika resah
siksa jiwa takkan sudah


Hidup ini memang payah
kuterima kuberserah
hati ini bila pasrah
yang susah bisa mudah


Bersama yang susah
adanya mudah
bersama yang susah
mudah


Reza menangis lantas memeluk tubuh sahabatnya. "Terima kasih Syam." ucap Reza. Hisyam jugak tidak dapat menahan air mata maka mengalirlah ia dari perasaan gembira kerna melihat sinar harapan untuk Reza kembali.




April 2009 di Bukir Mertajam


"Nak balik ke Ayu?" sapa Haslina teman rapat Ayu. Sudah lebih dari 1 tahun persahabatan mereka terjalin. bertemu ketika Ayu memohon kerja di kedai buku Popular di Jusco Banda Perda. Ketika itu Ayu mengandung. Kata Ayu suaminya sudah meninggal kerana terlibat dalam satu kemalangan. Dia sangat kesiankan Ayu muda-muda lagi sudah menghadapi cubaan sedemikian rupa. "Yup, nak balik. Letih la" Ayu menjawab pertanyaan sahabatnya. "Lagi pun Ayu nak amik anak Ayu" tambahnya lagi. "Ye x ye. Reza sihat?" Haslina bertanyakan tentang anak Ayu. "Sihat, semakin tembam. Hehehe." Ayu seronok bila bercakap tentang anaknya. Tak sabar nak balik bermain dengan anaknya. "K la Alin, Ayu balik dulu ye." Haslina sekadar angguk dan senyum kepada Ayu. Mereka berpelukan dan Ayu berlalu meninggalkan Haslina.


Disebalik senyuman Ayu ternyata dia sekarang menaggung rindu pada seseorang yang bernama Reza sehingga diabadikan nama itu kepada anaknya sebagai nisan kewujudan manusia yang begitu setia cintanya kepada gadis bernama Ayu tapi sayang cinta Ayu hanya pura-pura ketika itu. "Reza maafkan Ayu." Itu sahaja yang dapat diucapkan dan mengharap angin membawa ucapan itu kepada Cinta nya. "Mak Ayah, maafkan along." Air mata mengalir lagi tanpa jemu. Kenangan kembali menghantui diri.




Disember 2007 rumah ibu bapak Ayu


"Kurang Ajar!!!" satu tamparan deras tepat ku pipi mulus milik Ayu. "Aduh ayah, maafkan along ayah. maafkan along.." Pohon Ayu tapi tidak di endahkan ayahnya lagi tamparan deras hinggap di muka Ayu jugak dari ayahnya. "Aku malu dengan apa yang hang buat nih!!! Pasai apa hang jadi macam nih?! Memalukan keluarga!! Kalau ikutkan hati aku bunuh hang!!" Marah ayah ayu tidak dikawal lagi. "Cukuplah abang, anak kita tu." rayu si ibu ternyata walaupun marah  dan malu tapi masih lagi merasa kesian melihat anaknya. Hati seorang ibu. "Diam!!! Along!! hang pi kemas baju hang sekarang dan keluar dari rumah nih!! Aku balik nanti aku tak mau tengok muka hang lagi!!!" Keputusan telah dibuat maka tiada lagi ruang untuk Ayu didalam keluarga.




May 2009 di Kubang Semang rumah Reza dan Hafiz


"Reza jom keluar pergi tengok wayang. Gaji pun dah dapat nih." Hafiz mengajak Reza yang sedari tadi termenung memikirkan sesuatu. "Dia ke? Macam mana dia boleh ada disini?" Reza berkata-kata sendirian. "Woi!!! hang ngelamun apa?!" Hafiz radang kerna Reza tidak endahkan dirinya. Reza senyum manis. "Sory aku mamai. Ang kata apa tadi?" Reza masih lagi berfikir akan kejadian pagi tadi.


Pagi tadi di pasar pagi di Kubang Semang


"Abang bagi bawang besar sekilo, bawang kecik setengah kilo, ikan bilis 2 ringgit, sawi seikat, cabai kecik satu piring." Reza memesan barang dapur pada peniaga berkenaan. " lagi?" tanya peniaga berkenaan. "Itu je kot." Reza senyum. Sememangnya Reza begitu murah dengan senyuman. "Orait dik siap." kata peniaga itu. "Brape ye?" tanya Reza. "Rm 22.50 dik". Reza menghulurkan not rm10 sebanyak 3 keping. "Baki abang bagi kat orang susah ye." Setelah mengucapkan terima kasih Reza pun berlalu pergi. "Nak bali apa ye makan pagi ni?" bertanya pada diri. "Makan roti canai sudah. beli 4. 2 untuk aku 2 untuk Hafiz. Cantik." katanya sendiri. "Abang bagi roti 4 keping." sekelip mata sahaja Reza sudah sampai di gerai Roti canai berkenaan dan memesan 4 keping untuk dijadikan hidangan sarapan dia dan Hafiz. "Ok dik. Jap ye." balas penebar roti berkenaan. Diwaktu inilah dia terpandang akan seseorang yang sangat dia kenali. "Ayu..." Dia cuba mengejar tapi gadis itu telah pun menghilang didalam lautan manusia yang membanjiri pasar pagi di kubang semang itu.
"Ayu ke? Macam mana dia boleh ada kat sini?" soalnya pada diri sendiri. "Dik, roti dah siap." Reza pun pergi mendapatkan roti canai nya bayar dan terus berlalu pulang dalam keadaan resah memikirkan tentang Ayu. Kerinduan menjelma lagi.


dirumah Reza dan Hafiz


"Woi Reza!!!" Hafiz radang lagi. Reza terpinga-pinga setelah sedar dari angannya tadi. "Hang ingat apa Reza?" Hafiz bertanya. Geram dia dengan Reza. Dari tadi apa yang dia cakap satu pun tak dijawab Reza. "Aku rasa tak sihat la." Reza memberi alasan dan buat-buat sejuk konon deman. Hafiz diam dan masuk bilik. "Merajuk pulak." Reza serba salah. Hafiz keluar dengan baju sejuk. Rupanya Hafiz tetap nak Reza keluar. Diserahnya baju sejuk berkenaan dan Reza tanpa banyak bicara kerna tidak mahu menyinggung perasaan teman nya itu mencapai baju berkenaan dan mereka siap untuk keluar.


di Jusco Banda Perda


"Tengok wayang nak?" tanya Hafiz. "Cerita apa?" Pertanyaan dibalas pertanyaan. "X-Men Origins: Wolverine." Ringkas jawapan yang diberikan Hafiz. "Cantik, ang belanja aku tiket wayang. Aku belanja popcorn set." cadagan Reza diterima dengan hati terbuka oleh Hafiz. Cerita akan bermula dalam setengah jam lagi. Setelah mendapatkan tiket Reza mengajak Hafiz pergi ke kedai buku 'Popular' untuk melihat kalau ada novel yang menarik untuk dia dapatkan. Sedang Reza dan Hafiz mencari-cari novel yang menarik untuk dibeli mereka telah disapa oleh salah sorang pekerja Popular. "Ye abang, boleh saya bantu?" Reza dan Hafiz berkaleh kearah suara itu. "Ayu..." Masing terkejut. "Reza..." walau Reza telah berubah seluruhnya tapi nyata Ayu masih dapat mengecam akan kelunakan suara Reza yang dulunya setiap malam membelai dirinya sebelum dia tidur. "Reza..." Ayu menangis lantas memeluk cintanya yang sekian lama dicarinya. "Reza maafkan Ayu. Maafkan Ayu." dada Reza basah dihujani airmata Ayu. "Dengan lancar Reza menyatakan "Reza maafkan Ayu dan tolong jangan tinggalkan Reza lagi." Suara mengharap untuk kembali dari Reza dan ianya jugak suara pengharapan bagi Ayu untuk merasa kembali bahagia.


dirumah Reza dan Hafiz


"Otak hang kat mana Reza?! Tak kan hang tak ingat apa yang dia buat kat hang!" marah Hafiz pada Reza kerna dia tidak mahu Reza kecewa lagi. "Aku sayang dia Hafiz. Hang tak kan faham." jelas Reza. "Memang! memang aku tak paham! Dengar sini Reza pompuan tu curang dengan hang sehari selepas kematian mak hang dan 2 hari sebelum SPM! Dan hang hidup merempat untuk beberapa tahun bukan sekejap cukup lama hang menderita dan hari ini hanya dengan 1 ungkapan maaf hang menyatakan cinta padanya?! Gila!!" jelas Hafiz begitu marahkan Ayu. Siapa pun pasti akan marah andai mereka tahu kisahnya.




18 November 2006 di rumah Reza di Kamunting


"Sabar ye sayang. Ayu paham Reza sedih tapi jangan la sampai tak makan." pujuk Ayu agar Reza makan kerna dari semalam dia tidak makan kerna mengenangkan kematian ibunya yang tercinta. Satu-satunya ahli keluarga yang dia ada. "Makan ye." Reza angguk. "Jap Ayu pergi dapur sediakan makanan." Ayu berlalu pergi. "Handset Ayu." katanya didalam hati. "Dia tak pernah tinggal kat mana-mana sebab tak nak orang bukak handset nye. Aku pun dia tak bagi. Mungkin dia kalut sangat kot. Bagus jugak. Boleh aku proses." Reza pun tanpa membuang masa proses handset Ayu. "Ayu siapa ni?!!!" Ayu terkejut langsung kedepan dan lebih terkejut lagi apabila dia mendapati handsetnya berada ditangan Reza. "Siapa laki ni Ayu?!" menunjukkan gambar yang begitu daring antara Ayu dan laki itu. Ayu kelu tidak dapat berkata apa. Rahsia yang selama ini di jaga dengan baik akhirnya pecah. Pecah pada hari yang salah. Tidak bukan hari yang salah tapi Ayu yang salah. Sekali lagi kejutan berlaku apabila telefon berdering dan didada handset mengeluarkan perkataan 'Syafiqku Sayang'. Reza rebah. "Allah ambil saja nyawaku." Air mata mengalir dan dunia menjadi gelap. Rasa cinta memang tiada dalam diri Ayu pada Reza kerna siapa yang mahu dengan jejaka yang tidak kacak dan gemuk ini. Lalu Ayu melangkah pergi meninggalkan Reza. Pergi tanpa sedikitpun kekesalan. "Sapa suruh tengok handset aku! Gi mampus ar!"




May 2009 di rumah Reza dan Hafiz


"Waalaikumussalam Reza." terdengar suaru Hisham dari corong telefon rumah nya. "Sihat ke sham?" tanya Reza sekadar ingin tahu keadaan sahabatnyea itu. "Alhamdullilah, hang macam mana?" tanya Hisyam kembali. "Alhamdulilah." jawab ku ringkas. "Reza, aku dengar hang dah jumpa balik dengan Ayu. Betul ke Reza?" tanya Hisyam yang sememang sudah dijangka oleh Reza. "Ye." ringkas jawapan yang diberi. "Bagus la tapi ingat. Jangan kecewa lagi ye. Buatlah apa pun. Selagi yang baik aku akan sokong." ucap Hisyam walau dalam hati dia tidak bersetuju tapi biarlah. Mungkin ini akan buat Reza kembali gembira seperti dulu. "Terima kasih Syam." Reza tak dapat menahan rasa terharu. Kawan nya yang satu nih begitu baik terhadap nya.


rumah Ayu


"Aku janji yang aku akan tebus kesilapan lalu. Aku akan mengembirakan dia. Tapi adakah dia sanggup menerima aku dalam keadaan sebegini?" gumam Ayu sendiri. Ayu mendapatkan telefon dan dail no.fon Reza. "Assalamualaikum." Reza memberi salam dari corong telefonnya. "Waalaikumussalam reza,ayu nih." Ayu membalas memperkenalkan diri. "Ye Ayu." Reza senyum gembira. "Ayu nak ajak Reza makan malam." pelawa Reza dan tanpa banyak bicara Reza terus melangkah pergi. "Ok jap lagi Reza sampai k. 5 minit." Gembira sungguh Reza menerima jemputan itu. "Ok." Ayu takut. "Aku mesti selesaikan hari ini jugak." guman Ayu sendirian.Panggilan di matikan dan Ayu menyiapkan diri dan anak nya yang bernama Reza.


10 Minit kemudian


"Assalamualaikum. Sory Ayu lambat 5 minit." Reza sengih macam kerang busuk. "x pa Ayu x kisah lagipun Ayu pun baru je siapkan anak Ayu." tersentak dengan jawapan Ayu Reza lantas bertanya sekali lagi apa benar yang didengarnya. "Anak? Ayu ada anak?" Ayu angguk. " Mana?" Ayu masuk dan dapatkan anaknya. " Ni anak Ayu." dihulurkan pada Reza dan anak itu menyenangi Reza seolah-olah Reza ini ayahnya. "Mana ayahnya?" soalan yang paling ditakuti Ayu telahpun terpancul dari mulut Reza. "Dia lahirkan tanpa Ayu bersuami." air mata mula membasahi pipi. "Maksud Ayu?" Reza bertanya untuk mendapatkan kepastian. " Ayu terlanjur dengan syafiq dan inilah hasilnya hubungan terlarang itu." Air mata semakin deras mengalir ke pipi dan Reza pula masih lagi mampu menahan rawan dihati. "Mana dia sekarang?" tanya Reza lagi. "Ayu tak tahu, Dia tinggalkan Ayu setelah dapat tahu Ayu mengandung." jelas Ayu. "Maafkan Ayu Reza. Maafkan Ayu." tambah Ayu lagi. Terkenang Ayu akan ke khilafan dulu.


May 2007 di lake garden


"Sayang papa akan sambung belajar di UITM Jengka. Bulan depan papa akan berangkat." cerita Syafiq kepada Ayu. "Macam mana dengan mama? papa nak tinggalkan mama ke?" Ayu sedih. "Papa tak tinggalkan mama, papa cuma pergi untuk sementara waktu. untuk belajar" terang Syafiq "Tapi mama macam mana?" Ayu makin sedih bila Syafiq menyatakan yang dia akan meninggalkan Ayu walaupun hanya sekejap cuma. "Mama cintakan papa ke?" umpan Syafiq. "Mestilah." Ayu bertegas. "Kalau begitu mama sanggup buktikannya?" Umpan Syafiq lagi. Nafsu sudah mula menjalar. Kalau dulu mereka cuma  'ringan-ringan tapi kali ini ternyata Syafiq sudah melebihi had sesuatu perhubungan tanpa mempedulikan Allah dan Rasulnya.
"Buktikan bagaimana?" Ayu termakan umpan. Sungguh lemah imannya. Syafiq memulakan kerjanya dan....


May 2009 di hadapan rumah Ayu


 "Apa nama anak mu ini?" tanya Reza lagi dan Ayu menjawap "Reza." Reza senyum dan mengucup dahi anak itu dan berkata. "Reza, ini ayah mu jugak bernama Reza." tak kala terdengar ucapan itu Ayu memeluk Reza dan menangis sepuas hati. "Dah la sayang, jangan nangis lagi. Kita akan kawin tapi buat masa sekarang kita pergi makan dulu ok." ayu sekadar menganguk tapi pelukan masih lagi tidak dilepaskan. "Ayu." Ayu mendongak melihat Reza. "Aku Cinta Pada Mu." ungkapan kalimat agung itu diucapkan beserta kucupan ke dahi Ayu dan Ayu membalas. "Aku Juga Menyintai Mu dan Kaulah Malaikat Cinta ku."




Jun 2009 dirumah ibu bapa Ayu


"Pak cik, Saya ingin melamar anak pak cik Nurul Shurhana." Tergaman ayah Ayu. "Betul ke anak mahu memperisterikan Anak pak cik?" Ayahnya melihat anaknya. setelah sekian lama akhirnya mereka bertemu semula semuanya kerana anak muda dihadapannya ini. "Benar pak cik. saya ingin memperisterikan Shurhana." berlenanglah air mata ayahnya dan juga ibunya melihatkan kejujuran dan keiklasan anak muda ini.




11 July 2009 dirumah ibu bapa Ayu


"Aku terima nikahnya Nurul Shurhana Binti Ahmad Tirmizi dengan mas kawin seratus satu ringgit tunai." dengan sekali lafaz sahaja Ayu telah pun menjadi isteri Reza yang sah. Mengalir air mata Ayu tak kala Reza mengucup dahinya dalam upacara membatalkan wudhuk. Dan pada hari yang sama jugak berlangsungnya majlis bersanding. Kegembiraan terpancar diwajah mereka begitu juga dengan ibu bapa Ayu, kawan-kawan mereka, dan diantara kawan-kawan mereka pastinya Hisyam yang paling gembira kerana bukan sahaja melihatkan kawannya mendapat jodoh dia jugak merasakan jodohnya di situ. "Assalamualaikum." sapa Hisyam. "Walaikumussalam." balas gadis itu ringkas. "Saya Hisyam, yang bersanding itu kawan saya." Hisyam mencuba masuk jarum untuk kenalan. Dia ikut betul-betul seperti yang diajar oleh Malaikat Cinta. "Ohh. Saya Haslina. Alin Haslina. Awk boleh panggil saya..." belum sempat Haslina menghabiskan ayatnya Hisyam memotong. "Alin..." Mereka senyum malu.


Kegembiraan itu telah membakar hati seseorang. "Kalau aku tak dapat Ayu jangan harap hang akan dapat!" dari jauh lelaki itu mengacukan pistol jenis Barreta 92 buatan Itali dengan fungsi semi-automatik tepat ke kepala Reza. "Jumpa hang dineraka" belum sempat picu pistol ditekan satu hayunan helmet dari belakang tepat kekepala lelaki itu. Hafiz muncul disitu tepat pada masanya dan pergelutan berlaku dan bunyi tembakan kedengaran membuatkan seluruh manusia di majlis kenduri itu terdiam dan satu lagi bunyi das tembakan bergema dan berlari lintang pukang lah mereka. Reza melihat Hafiz rebah dan sebuah kenderaan cepat-cepat melarikan diri. " AFD 7317!! " mendengar no.plat itu Ayu bingkas bangun dan menyatakan itu no.plat syafiq. Reza dan Hisyam dan teman-teman yang lain bingkas mendapatkan Hafiz yang rebah di hujung jalan. "Call Polis dengan Ambulance cepat!" Reza tiba dan memangku Hafiz.tangan digenggam. "Hafiz mengucap Hafiz mengucap." ucap reza begitu sedih sehingga mengalir air mata ke pipi. "Amik kereta aku bawak mai cepat!" arah Hisyam. "Bertahan Hafiz. Kita akan ke hospital.bertahan." Hafiz sekadar senyum tapi mukanya pucat. Hafiz berkata. "Tak perlu. Masa dah semakin suntuk untuk aku. Aku cuma nak ucapkan terima kasih Reza dan teman-teman kerna menerima aku sebagai teman kalian. Reza maafkan aku." ucap Hafiz. "Cukup Hafiz cukup. hang akan selamat Hafiz." Hafiz sekadar senyum tapi serinya tiada. "Aku letih la. aku nak tidur sekejap." Hafiz melelapkan mati dan ianya adalah untuk selamanya. "HAFIZ!!!!!!" meraunglah sekalian teman-teman Hafiz.


July 2010 di tanah perkuburan tok keramat

Setelah membaca Yassin untuk sahabat mereka Reza dan Hisyam berpelukan. Sedih mengenangkan arwah. "Hafiz, Aku dah pun mempunyai anak bersama Ayu. Namanya Muhammad Hafiz." itu sahaja yang mampu diperkatakan. Sedih. Hisyam juga begitu "Aku pun Hafiz nak bubuh nama anak aku Hafiz tapi sayang dia baby gurl. Jadi aku namakan Hafizah." Reza mendongak melihat Hisyam. Dalam sedih masih mampu Hisyam buat lawak. Mereka senyum. "Jomlah kita pulang Reza." usul Hisyam. "Ok." Pendek sahaja balasan Reza. Ketika melangkah didalam hati Reza berkata "Hafiz kaulah Malaikat Cinta yang sebenar..." 
Mereka Hidup Bahagia Hasil Dari Pengorbanan HAFIZ- Malaikat Cinta


By
Redha Sang Sunan

Sunday, August 29, 2010

Insan Hina

"REZA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Aisyah menerpa mendapatkan Aku.
"YA ALLAH REZA!!!!!" Hafes berlari pantas mendapatkan Aku.
"REZA!!!" Teman-teman dari kalangan casher di Tol juga menhampiri ku.
"WOI PANGGIL AMBULANCE CEPAT!!!"
Keadaan menjadi huru-hara di kawasan Tol Juru menghala ke Utara.
"REZA JANGAN TINGGALKAN AISYAH!!!" Aisyah telah memangku diriku.
"REZA BERTAHAN REZA BERTAHAN, BAWAK MENGUCAP REZA!!!" ucap Hafes
"AISYAH..." Aku menghulurkan gula hacks kepadanya dan....
"REZA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"


"Assalamualaikum pak cik.." sapa ku
"Waalaikumussalam, eh reza datang pun. Semalam pi mana?" tersenyum Armguard yang memang selesa bekerja dengan ku. Sebab dengan aku dia boleh co-team tido. Hahahaha Hidup Memang Payah.
"Semalam letih la pakcik, dok buat kerja sampai 36jam hari-hari maunya tak letih, alasan tak dak lain orang tak dak, orang tak dak, orang tak dak." runggut aku kepada pak cik armguard.
"Time orang ada dulu tak mau jaga, gaji lambat, pety cash x dak, sekarang amik la habuan." balas pak cik AG (armguard).
"Betul, betul, betul." memang benar apa yang dikatakan pak cik AG nih.
"Nama je syarikat gergasi, 1 malaysia ada pirah!!!" eh lebih-lebih lak org tue nih.
"Eh pak cik Aisyah kerja tak malam nih?" teringat aku kat aisyah. Rindunye senyuman die tapi tak kan dapat dee. Hehehe jangan perasan.
"Entah la pak...." tak sempat pak cik menghabiskan ayatnya horn moto dari luar pagar kedenganran.
Aisyah... "Tu pun die datang" tegur pak cik.
Aisyah tersenyum tak kala melintas dihadapan kami.
Cantik, kalau la senyum tu milik aku sorang bahagianya.
Sedang aku mengelamun tanpa sedar Aisyah telah pun berada di tempat kami dengan bekas makanan yang berisi kueh seri muka.
"Abang Reza" sapanya menyentapkan lembut anganku. "Ye?" aku gelabah.
Aisyah hanya tersenyum padaku sambil menghulurkan bekas makanan tersebut. "Apa nih?" tanya ku buat-buat tak tau. "Ni kueh 'Seri Muka', abang suke tak?" Aisyah senyum membuatkan aku rasa seperti dalam syurga. Oh my cute angel. Aku angguk mengiyakannya. Tapi aku lebih sukakan mu hehehe.
"Abang makan ye dengan pak cik." "Terima kasih Aisyah."
Aisyah senyum dan berlalu pergi.
"Reza, pak cik ingat dia suka kat kamu la." ucap pak cik mengusikku. AMIN...
"Tak kan lah pak cik, saya nih dah la tak ensem gemok lak tu dah tu kerja lak pak guard x dak masa depan mustahil dia sukakan saya" balas ku "INSAN HINA". Sedar pun, ingat tak sedar.
"Orang pompuan ni Reza bukan boleh baca, dieorang tak pandang rupa." tegas pak cik "Contoh pak cik bini pak cik cikgu tapi pak cik guard je"
Betul jugak. "Kalau suka terus terang je Reza, pak cik yakin die pun suka kat kamu." aku senyum menganguk. "Pak cik saya pi kedai jap, nak apa-apa tak?" "Beli pak cik teh tarik." "orait"
Aku pun melangkah pergi. Setengah jam kemudian aku kembali bersama sebungkus teh tarik dan minuman kegemaran ku 'Kopi Radix'. "Beli apa Reza?" "Beli air ngan gula-gula hacks" terdengar sayup-sayup berkumandang lagu Aisyah nyanyi Yassin di radio. Suka lagu ni.Penyanyi asal lagu ni Khaled 'The King Of Rai' dari France dan Yassin nyanyi balik dalam bahasa melayu sebelum Outlandish nyanyi pulak dalam English.
" Reza bukak pintu dieorg nak masuk" "orait bos" terus berjalan kearah pintu untuk dibuka agar dapat mereka masuk.
"Reza, sihat?" sapa Hafes ramah. "Alhamdulillah" Hafes berlalu aku pun tutup pintu. Baru separuh aku nampak Aisyah menggapai agar jangan tutup lagi sebab die nak masuk. Inilah masa yang sesuai aku nak bagi menda ni kat die hehehe. Hampir sahaja die sampai kepada ku terdengar bunyi desikan break kereta
"TEPI-TEPI" Jerit pemandu kereta itu.
"AISYAH!!!" Aku menerpa ke arahnya dan menolaknya ketepi dan...
"REZA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Aisyah menerpa mendapatkan Aku.
"YA ALLAH REZA!!!!!" Hafes berlari pantas mendapatkan Aku.
"REZA!!!" Teman-teman dari kalangan casher di Tol juga menhampiri ku.
"WOI PANGGIL AMBULANCE CEPAT!!!"
Keadaan menjadi huru-hara di kawasan Tol Juru menghala ke Utara.
"REZA JANGAN TINGGALKAN AISYAH!!!" Aisyah telah memangku diriku.
"REZA BERTAHAN REZA BERTAHAN, BAWAK MENGUCAP REZA!!!" ucap Hafes
"AISYAH..." Aku menghulurkan gula-gula hacks kepadanya dan....
"REZA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Sebulan telah berlalu pemergian Reza masih lagi diratap oleh gadis ayu bernama Aisyah. Selama sebulan itu jugaklah dia tidak hadir bekerja. Ternyata pihak pengurusan Tol Juru amat baik dan memahami keadaannya.
Kenapa? Kenapa kau tinggalkan aku tanpa jawapan kepada perasaan ku ini? Segala kenangan yang kita lalui dan kau akhiri dengan sebiji gulu-gula 'hacks'? Apa maknanya reza. Kenapa khalimat agung itu tidak kau ucapkan padaku? Tidakkah kau menyitaiku? Air mata mengalir lagi dari kelopak mata.

"Hafes kamu pergi la rumah Aisyah pujuk dia." Saran penyelia pada nya.
"Saya bagi kamu cuti hari ini dan kamu pergi ke rumah Aisyah, pujuk dia." Tegas penyelia.
Hafes kelu tidak dapat berkata apa. Setelah mendapat kelulusan beliau pun melangkah menghampiri motonya. Apa yang aku boleh buat? Aku bukan rapat sangat dengan Aisyah. Hmmm.
Moto di hidupkan dan Hafes berlalu pergi ke rumah Aisyah.

"Assalamualaikum" ucap Hafes
"Waalaikumussalam" suara ibu Aisyah berkumandang dari dalam rumah. "Cari siapa?" bertanya ibu Aisyah ramah. "Saya Hafes mak cik kawan Aisyah dari Tol Juru, Penyelia kirim saya kemari untuk bertanya khabar." balas Hafes jujur. "Boleh saya jumpa dia mak cik?" "Boleh, Masuklah." "Aisyah teman kamu dari Tol datang." Aisyah melangkah keluar dan Hafes sangat terkejut akan perubahan yang berlaku keatas Aisyah. Sangat menyedihkan. "Assalamualaikum Aisyah" "Waalaikumussalam." "Aisyah macam mana? Ramai teman-teman kita bertanyakan khabar Aisyah. Mereka kirim salam." Aisyah tidak lekas menjawab cuba tersenyum tapi ternyata tiada serinya. "Hafes kenapa Reza tidak pernah menyatakan isi hatinya pada Aisyah? Adakah dia tidak menyayangi Aisyah?" terkejut dengan soalan itu barulah dia sedar yang Aisyah menyintai Reza. Hafes tidak lekas menjawab. Aisyah tunduk dan air jernih dari kelopak matanya tumpah lagi.
"Dia cuma tinggalkan ini." Sebiji gulu-gula 'hacks' diletakkan diatas meja. "Aisyah, sebenarnya Reza sudah pun memberi tahu isi hatinya pada Aisyah cuma Aisyah tidak sedar." Tersentak Aisyah mendengar ucapan Hafes itu dan dia merenung Hafes untuk mendapatkan penjelasan. "Di usia kami sekitar 10 tahun yang lalu gula-gula 'hacks' dijadikan simbolik kepada cinta aisyah. H.A.C.K.S 'HANYA AKU CINTA KAU SORANG'." Terdengar akan penjelasan itu maka menangislah Aisyah hiba kerana dia tidak sedar akan itu. Dan ternyata Reza jugak menyitainya. Pilu hati Hafes dan ibu Aisyah melihatnya. Dipeluknya Aisyah erat. Air mata aisyah membasahi dada ibunya.

Keesokan harinya Aisyah dan Hafes pergi ke kubur Reza. Mereka membaca Yassin untuk disedekahkan setelah itu mereka berlalu pergi. Aisyah telah kembali bekerja di Tol Juru dengan semangat cinta Reza yang sentiasa mekar dihatinya. Setiap hari dia akan mengucup gula-gula yang diberikan oleh Reza padanya dan setiap kali itulah dia akan melafazkan kata cinta yang baginya cukup indah
"HANYA AKU CINTA KAU SORANG"


By
Redha Sang Sunan

Saturday, August 28, 2010

Lagu Yang Begitu Indah Bagi Aku la...Komen

Thank You Allah
By: Maher Zain
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.


Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.


I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.


Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.


Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope


O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home


Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

http://www.mediafire.com/?xf5enj5jyqm
(link untuk mendownload lagu ini)

Citer Bukak Posa Semalam

"Just gonna stand there,And watch me burn,But that's alright,Because I like,The way it hurts"
"Just gonna stand there,And hear me cry,But that's alright,Because I love,The way you lie"
"I love the way you lie,I love the way you lie"
sedang aq berjalan-jalan kat bazar sambil melayan lagu eminem yang membuat aq melayang mengingati sesorang ternampak aq sebuah gerai yang agak unik "makanan jepun, cam best je" aq pun tanpa membuang masa terus menerpa kegerai berkenaan "abg bagi menda nih satu set" "boleh" teringat aq pada si dia...


keluar dari pawagam selepas menonton citer ' The Terminator Salvation '
"mama, papa lapar la..."sambil memegang perut yang minta diisi...
"papa nak makan pe?" "makan ma hehehehe...." "gatal!!!" menerpa jari runcingnye tepat kearah dada ku.
"adoi...gurau pun x leh..." "boleh..."die memeluk lenganku..."ma g beli makan k..." "x yah la...ma g beli air bia pa je yang beli makanan..." "oke..."die pun melangkah pergi meninggalkan ku untuk mendapatkan minuman...
"nak makan pe erk?" aq pun pusing2 la kat area "food court" Taiping Central... "cam best je Takoyaki nih"
aq pun terus menerpa pergi untuk mendapatkan Takoyaki tersebut..."abg bagi satu set boleh?" "x boleh dik, kedai nih bukan abg punya kedai nih bos abg punya kalau adik nak adik kena la beli" loya beruk pulak brader nih "eh eh kelakarnya...org taiping mmg pandai wat kelakar" "hehehe jgn marah dik abg gurau" "xpe2, so bagi saya satu set ye..." "orait" aq pun tggu la...pastu anset menjerit...my love terpapar didada anset...aq pun jawab..."ye sayang?" "pa kat ne? ma dah beli air" "ma tggu pa kat meja dekat tempat tadi k. jap g pa sampai" "oke muahhh..." "muahhhh" call ditamatkan..."dik siap." "brape bang?" "rm3.90" "orait"duit bertukar tangan dan baki pun aq dah dapat...aq pon terus bergegas pergi kepada kekasih ku yang ku cintai..."ma..."
aq pun duduk dihadapannya "papa beli apa?" "entah lupe namanya...""makanan jepun ker nih?" "yup""pat la makan""panas kot kejap ler...""hehehe"cute bile die senyum...senyuman nih la yang sentiasa buat aq berasa tenang...(sayang aku cinta padamu) "ma jap ye..." "pa nak g mana" aq sekadar senyum dan terus berlalu kearah jukebox dan memilih beberapa lagu yang ingin aq tujukan padanya...lagu pun berkumandang


Look into my eyes - you will see
What you mean to me
Search your heart - search your soul
And when you find me there you'll search no more


Don't tell me it's not worth tryin' for
You can't tell me it's not worth dyin' for
You know it's true
Everything I do - I do it for you


Look into your heart - you will find
There's nothin' there to hide
Take me as I am - take my life
I would give it all - I would sacrifice


Don't tell me it's not worth fightin' for
I can't help it - there's nothin' I want more
Ya know it's true
Everything I do - I do it for you


There's no love - like your love
And no other - could give more love
There's nowhere - unless you're there
All the time - all the way


Oh - you can't tell me it's not worth tryin' for
I can't help it - there's nothin' I want more
I would fight for you - I'd lie for you
Walk the wire for you - ya I'd die for you


Ya know it's true
Everything I do - I do it for you

"lagu nih untuk sayang" jari ku memaut jarinya...die tunduk mungkin malu mungkin jugak terharu entah la..."ma dah x suka tgk muka pa erk?" cepat2 die memandangku ternyata die terharu..."luv u papa" diciumnya jariku..."luv u too sayang"

"dik siap dik" aq tersentak dari lamun yang panjang..."brape bang?" "rm3.90" aq pun menyerahkan not rm10 "baki abg bagi kat org susah ye bang...dah lewat nih" "o..o..oke dik, terima kasih ye..." "sesama, beli ye" "jual, datang lagi" "insya-Allah"
kenangan indah itu sekarang hanya tinggal sejarah...mungkin sekrang die sedang berbahagia dengan kekasih barunya...aku doakan kau bahagia sayangku Nurul Husna Binti Ramli...biar ku lepaskan air mata ini sebagai penawar kelukaan ku...


by
Redha Sang Sunan

Salam Teristimewa Dari Sang Sunan Kepada Anda!!!

Assalamualaikum teman2...
Setelah dari tengah malam dok pikir pemende nak tulis akhirnya tepat kul 07.26 A.M aq pun start la menulis...korang bayang berapa lama aq pikir...itu pun ada hati nak jadi penulis novel...hahahaha berjanggut la korang nak baca novel aq...dari sini aq akan asah bakat aq jadi penaip (penulis) insya-Allah...n aq berharap sgt pada teman2 tolong la ajar aq cari nak bagi "cun" blog nih...baru menarik wahhhh...

(Berwajah terpinga-pinga)
Ale-mak!!!hilang lak adoi...tadi pas solat dah cun dah idea skang ilang lak...susah bebenor nak jadi penaip nih an...masak den...x pe la...anyway jangan lupa follow aq...korang follow aq aq follow korang...apa macam???ngam x???hehehehe

(Sedang berfikir)
Hmm...korang ajar aq tau camne nak buat blog jadi best...jgn x ajar lak...ok lah...nnt aq citer lagi...sebenarnya aq banyak citer nih...hmm...nnt2 la ye...baru trill...so pada mereka2 yang memula sekali masuk thanks a lot...luv u all lah...kepada korang dalam tidur dalam terjaga ku ucapankan Assalamualaikum...

BY
Redha Sang Sunan